Sunday, November 2, 2008

PIBG SKTU

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Universiti akhirnya telah berjaya menyediakan sebuah laman web khas untuk kegunaan ibu bapa dan guru-guru sekolah ini. Sememangnya tujuan laman web ini dihasilkan adalah untuk menjadi portal komunikasi antara sekolah dengan ibu bapa dan guru. Semoga apa yang kita lakukan mendapat sambutan dan kerjasama daripada semua!

Laman Web ini menyediakan pelbagai bentuk maklumat terutamanya yang berkaitan dengan PIBG sekolah. Konsep yang dipilih adalah ringkas tetapi padat dengan maklumat. Sumber utama informasi akan didatangi terus daripada setiap biro yang telah ditubuhkan dalam PIBG. Ibu bapa pula dapat mendaftarkan diri sebagai ahli dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada laman web ini.

www.pibgsktu.net

No comments: